Pages

Tuesday, 4 November 2014

BAHAYA KEROSAKAN KABEL NEUTRAL

BAHAYA KEROSAKAN PENGALIR KABEL NEUTRAL
Sesuatu pepasangan elektrik samada jenis Fasa Tunggal atau Tiga Fasa hanya dikatakan lengkap apabila ianya disambungkan kepada pengalir (kabel) neutral.
Tanpa pengalir (kabel) neutral maka sesuatu litar elektrik menjadi tidak lengkap kerana arus elektrik yang dibekalkan kepada peralatan elektrik tidak dapat mengalir keluar dan tergantung/terapung (floating) dan menyebabkan peralatan elektrik tersebut tidak berfungsi dan tidak dapat digunakan.
Pasti ramai di antara kita yang terlibat dalam pendawaian elektrik pasti pernah terjumpa dengan masalah ini ketika melakukan kerja-kerja mengenal-pasti kerosakan (trouble shooting) atau membaiki peralatan elektrik.
Antaranya ialah, arus elektrik dikesan pada wayar/kabel neutral sesuatu peralatan elektrik oleh pena penguji (test pen).
Kerosakan kabel neutral yang menyebabkan arus elektrik tergantung tanpa jalan keluar ini secara teknikalnya dikenali masalah ‘floating neutral’.
Secara amnya, masalah kerosakan kabel neutral ini adalah berkemungkinan disebabkan faktor-faktor seperti berikut :-
a) Kabel pengalir Neutral tidak disambungkan dengan sempurna pada peralatan elektrik
b) Kabel pengalir Neutral tidak disambungkan dengan sempurna pada Kotak Agihan Elektrik
c) Kabel pengalir Neutral terputus.
d) Kabel pengalir Neutral pada Sistem Talian Atas Voltan Rendah (oleh penyedia bekalan elektrik; TNB) rosak atau terputus (atas sebab-sebab tertentu).
e) Tamatan (termination) atau kabel pengalir Neutral di Alatubah (Transformer) di Pencawang Elektrik rosak (atas sebab-sebab tertentu)
Masalah kerosakan kabel neutral atau “floating neutral” adalah amat merbahaya kepada pengguna dan pendawai elektrik yang tidak berpengalaman dan berpengetahuan lengkap kerana ianya boleh menyebabkan renjatan jika disentuh ketika melakukan kerja-kerja pembaikan.
Justeru itu, beberapa langkah keselamatan perlulah diambil kira bagi mengelakkan bahaya renjatan elektrik tersebut seperti berikut :-
a) Sumber bekalan elektrik ke Kotak Agihan Elektrik diputuskan atau dimatikan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mengenal pasti kerosakan dilakukan.
b) Sumber bekalan elektrik pada sesuatu peralatan elektrik seperti suis-suis lampu dan soket alir keluar 13A dan sebagainya di matikan dan diputuskan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mengenal pasti kerosakan dilakukan.
c) Penggunaan Pemutus Litar Jenis Dua Kutub (Double Pole) untuk Fasa Tunggal dan Empat Kutub (Four Pole) pada Kotak Agihan Elektrik adalah digalakkan kerana ianya berfungsi memutuskan sambungan kabel semua fasa bekalan elektrik dan neutral.






Terkena Renjatan Apabila Menyentuh Peralatan Eletrik

Oktober 29, 2011

 

Soalan


Saya dapati kini dalam rumah saya, apabila saya menyentuh badan besi peralatan elektrik seperti mesin basuh, mesin jahit, oven atau casing komputer, saya sering sahaja terkena renjatan elektrik. Apabila saya sentuhkan test pen pada badan peralatan elektrik tersebut, lampu  padatest pen akan menyala.

Mengapakah berlaku masalah demikian? Adakah ia berbahaya? Bagaimana untuk membaiki masalah ini?

Jawapan
Keadaan ini adalah berbahaya, sekiranya anda terkena renjatan elektrik dan arus yang melalui badan anda melebihi 0.03A, ini boleh menyebabkan kematian. Anda perlu membaiki masalah ini secepat mungkin. 

Masalah di atas menunjukkan telah berlaku litar pintas di antara wayar hidup (live) dan bumi. Litar pintas ini berlaku samada pada sistem pendawaian elektrik rumah anda ataupun di dalam peralatan elektrik.

Sepatutnya apabila berlaku litar pintas antara wayar hidup dan bumi, ELCB yang terdapat pada papan agihan elektrik akan menendang (trip) untuk memutuskan bekalan elektrik. Tetapi sekiranya ELCB tidak trip, anda akan mengalami masalah sering terkena renjatan elektrik apabila menyentuh peralatan elektrik. 

ELCB yang tidak trip apabila masalah ini berlaku menunjukkan ELCB anda telah rosak. Anda perlu mendapatkan khidmat juruelektrik untuk menukar ELCB kepada yang baru. Setelah ELCB ditukar, kerja mencari tempat berlaku litar pintas dan kerja pembaikan perlu dijalankan. 

Ada orang yang menyelesaikan masalah ini dengan menanggalkan sambungan wayar bumi di dalam soket plug atau kepala plug peralatan elektrik tersebut. Cara ini memang boleh menyelesaikan masalah renjatan elektrik pada peralatan elektrik tersebut, tetapi sekiranya berlaku litar pintas dalam peralatan elektrik tersebut, anda akan terkena renjatan elektrik juga. Malah ada peralatan elektrik atau elektronik seperti yang memerlukan wayar bumi untuk menyingkirkan gangguan elektromagnetik dan hingar. Menanggalkan wayar bumi pada peralatan ini akan membuatkan ia mudah rosak atau mengganggu fungsi peralatan elektrik tersebut.

Oleh itu, cara yang terbaik adalah gantikan ELCB dengan yang baru, kenalpasti tempat berlaku litar pintas dan baikinya.


46 comments:

  1. Wa'alaikumusalam iqbal...kemungkinan elcb dirmah anda tidak menampung penggunaan elektrik dirumah anda..sila rujuk Amp Elcb anda..jika kurang dri 40amp sila gantikn dengan yg lebih besar..

    ReplyDelete
  2. Wa'alaikumusalam iqbal...kemungkinan elcb dirmah anda tidak menampung penggunaan elektrik dirumah anda..sila rujuk Amp Elcb anda..jika kurang dri 40amp sila gantikn dengan yg lebih besar..

    ReplyDelete
  3. Sy nak tanya tn,setiap kali lampu jalan nyala..elcb sy trip..sy minta tnb datang,dia ckp masalah dalam rumah,syarikat panggil wireman pun x dapat cari punca.apa sy nak buat

    ReplyDelete
  4. Assalammualaikum tuan, sy nk tanya sikit sy baru pasang down light jenis LED di rumah saya apabila siap semua wiring, lampu semua menyala cuma apabila off kan suis dlm gelap sy dapati cahaya masih ada lagi pada down light tu. Masalah wiring atau dari db.. Terima kasih

    ReplyDelete
  5. Assalam tuan ,sy nk tnya dlm satu bilik hostel mengalami masalah yg susah untuk sy selesai kn bagaimana mana klau caber Neutral dlm bilik tersebut ada api di semua lampu dan plat termasud Neutral di elcb bilik tersebut.cara menyelesai kn bagaimana tuan.???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lampu dgn plug tu berfungsi tak tuan ? Nuetral floating tu tuan . Selalu kalau neutral floating , litar jd x lengkap , maka beban x kan berfungsi . Kalau dekat elcb pn neutral ada api , tuan cek tgk dkat mainswitch , neutral dia ada api dak ? Klau dkt mainswtich pn sama , cek plak dekat neutral link di meter , tuan cek satu2 . Hostel tu tiap bilik dia buat sub db ka tuan ?

      Delete
  6. Saya nak tanya, kenapa wayar neutral lebih tinggi berbanding wayar live? Masalah ni saya jumpa dekat Compressor outdoor aircond...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Assalam semua..anda mempunyai masalah dengan pendawaian elektrik dirumah :

    * mentol dan perkakasan elektrik kerap rosak
    * elcb sentiasa trip
    * rumah dipanah petir menyebabkan DB rosak
    * wayar neutral ada arus

    Semua masalah berkaitan pendawaian elektrik dapat diselesaikan kerana saya menyediakan perkhidmatan pendawaian elektrik. Hubungi saya Azuar 0176795518

    ReplyDelete
  9. Salam...sejak dari bln lepas, rumah sy sentiasa trip dlm pukul 7.30 ptg ke atas. Dan dlm 2 ari ni, sekali lg pd pukul 4 pagi. Memang pelik sebab time nya sentiasa sama. Mohon pencerahan. Terima kasih

    ReplyDelete
  10. Assalam tuan....pin neutral dan life menyala apabila suis di offkn...selang bbpa hari...ia kembali normal tp x lama...kejadian tu berulang semula...kejadian dbhgian dapur...terdapat 7 plug 3 pin...4 disambung pd kipas dinding peti ais, coway dan ekzos fan...plug kipas ok plk...apa masalah ye tuan..

    ReplyDelete
  11. Bolehkah wayar neutral pada soket berkongsi wayar neutral pada lampu..??

    ReplyDelete
  12. bila sambung wire natural ke db box natural lampu tak menyala..bila wayar neutral di kongsikan di atau loopin ke neutral di tri pin yg lain lampu menyala..bila ditangalkan offkan wayar biru ada api why boss

    ReplyDelete
  13. rumah sy pun penah terjadi mcm ni.minta electrician check rupanya cara sambungan wayar di DB box x betul.dan RCCB/ELCB dah putus.so owner lama rumah bypass pakai besi je

    ReplyDelete
  14. salam tuan.nak tny klu db meletop...n terbakar pada elcb dan main swith bahagian outgoing sebab apa ya?masalah kabel incoming ka or kabel longgar ka?

    ReplyDelete
  15. Saya nak tanya,kenapa mesin basuh saya pasang plug tp x on sius,suis utama tendang,ape punya mesin basuh saya jadi begitu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada masalah wire, kemungkinan wire neutral bersentuh dengan body mesin basuh

      Delete
  16. nak tanya,kalau cable dah macam berlubang sikit,bolehke kalau tutup dengan saletip untuk elak renjatan kerana sudah beberapa kali sy terkena renjatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh tuan off kan dulu main Dan balut dengan tape wayar

      Delete
    2. Alamak, bahaya nya balut pakai tape wire je,, lebih baik tukar, Baru berapa sen je,.sebab nak jimat berapa ringgit Ada Yang hilang nyawa,,

      Delete
    3. Boleh tuan tiada masalah..tape wire boleh bertahan selama 5tahun sebelum reput tapi kena pastikan tape dengan tebal dan kemas..jika ada bajet sikit boleh tukar pada wire yang baru

      Delete
  17. Saya nak tanya tuan,ada kilat menyembar di bahagian elektrik rumah sya..sya dah cabut plug utama..tapi kenapa tetap rosak yaa?sya on suis tv sya tak berfungsi sya dah off dan cabut plug juga..mohon tuan balas 🙏

    ReplyDelete
    Replies
    1. Minta juruteknik untuk check tuan punya rumah..saya tak berapa faham soalan tuan tu tapi apa yang saya faham kena sambar kilat..jadi sekarang tuan tak boleh nak guna apa2 bekalan elektrik..banyak punca tapi salah satu adalah DB utama ..kemungkinan MCB tuan sudah rosak kena petir atau wiring tuan ada masalah..kena check satu persatu

      Delete
  18. saya nak tanye tuan, db rumah saya selalu trip stiap stgh jam, saya dah tukar smue mcb 63A, rccb 63A, dgn smue mcb2 baru, tp still trip, kdg2 mcm ada timer,tp bila tgh mlm dlm jam 12.30mlm kebiasaanye xde pulak trip sampai 7pagi, saya pernah cuba off kn smue mcb load, tp still ade trip bila dtg time nak trip la, tp bile ok, xde plak trip nya, boleh x tuan jelas kn kemungkinan punca berlaku nye masalah ini?

    ReplyDelete
  19. Saya nak tanya. Kenapa earth bersentuh dgn neutral. ELCB akan trip? Minta pencerahan. TQ

    ReplyDelete
  20. Sya nk tanya klu incoming 3phase tpi lps mccb guna single phase diagram ble ke tuan bgi pecahan dlu tuan

    ReplyDelete
  21. Assalamualaikum, nak tnya soket dipasang bila check live semua ok.. Tp bila pasang beban mcm charger dky neutral ada return ada ali jugak..

    ReplyDelete
  22. Assalamualaikum tuan.. tumpang tnya, ketika menukar mentol lampu, sy pegang cable neutral & terkena renjatan elektrik walaupun suis lampu sudah dimatikan, hanya bekalan pd db sy biarkan on.. boleh beri penjelasan? kerana setahu sy cable neutral x ada api..

    ReplyDelete
  23. Assalamualaikum tuan.. tumpang tanya ketika sy nk tukar mentol lampu sy pegang cable nuetral & sy trkena renjatan elektrik padahal suis lampu sy dh tutup, cuma bekalan dkt db sy biarkan on.. boleh beri penjelasan? sbb setahu sy cable neutral xde api

    ReplyDelete
    Replies
    1. Untuk pengetahuan tuan kabel neutral adalah pengalir arus atau kita panggil return..jika tuan tidak tutup DB supply tuan akan kena renjatan sebab neutral masih mengalirkan arus..satu lagi bumi atau earth pun kena berhati² jika ada lebihan arus tuan akan kena renjatan juga...harap tuan faham ye

      Delete
  24. Assalamualaikum tuan. Sy buat pendawaian lampu dekat rumah. Ketika lampu tidak disambungkan neutral tiada arus tetapi setelah sy sambungkan ke beban neural ad arus. Mcm mana sy nak tahu kerosakan tersebut. Terima kasih tuan.

    ReplyDelete
  25. Nak tanya mcb sudah tutup tetapi apabila wayar neutral kena pada benda besi akan berlaku trip.kenapa ini terjadi?

    ReplyDelete
    Replies
    1. life + neutral ×
      life + earthing ×
      neutral + earthing ×

      semua penyebab berlakunya trip... 😅

      Delete
  26. assalamualaikum tuan....tumpang bertanya kalo wayar lampu neutral ade api tpi dkat db xdew plak apinya puas sye fikir nk buat mcm mnew lah yeeee mohon pencerahan n penjelasan dri pihak tuan suis elok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Litar tak lengkap.. Wayar neutral putus di tengah jalan.. Sama ada dlm conduit atau atas siling dan sebagainya. Jika susah nak jumpa. Buat wiring baru

      Delete
    2. Neutral tuan kena floating neutral bermaksud neutral tuan putus jadi supply tak lepas..jika tuan on lampu tu lampu tak akan menyala..tuan kena buat wiring baru

      Delete
  27. Salam tuan, saya off main switch untk buat looping pada plug, and cek guna test pen, ada api kat neutral dan earth, nape eh tuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tuan kena off kedua sekali maksud breaker kena off ELCB atau RCCB pun kena off..ada api pada neutral dan earth bermaksud wiring tuan short circuit.. neutral sudah melekat dengan bumi jadi tuan kena buat wiring baru

      Delete
  28. Apa jadi jika wayar live dan neutral tak sama besar?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jika wire live dan neutral tak sama saiz arus akan jadi tak stabil tuan..ini akan membuatkan salah satu barang kerap rosak

      Delete
  29. Assalamualaikum...hendak tanya kenapa wayar neutral dari meter masuk main suis
    neutral bila testpen dia menyala dan wayar life dari meter elektrik tak menyala guna testpen

    ReplyDelete