Pages

Tuesday, 4 November 2014

BAHAYA KEROSAKAN KABEL NEUTRAL

BAHAYA KEROSAKAN PENGALIR KABEL NEUTRAL
Sesuatu pepasangan elektrik samada jenis Fasa Tunggal atau Tiga Fasa hanya dikatakan lengkap apabila ianya disambungkan kepada pengalir (kabel) neutral.
Tanpa pengalir (kabel) neutral maka sesuatu litar elektrik menjadi tidak lengkap kerana arus elektrik yang dibekalkan kepada peralatan elektrik tidak dapat mengalir keluar dan tergantung/terapung (floating) dan menyebabkan peralatan elektrik tersebut tidak berfungsi dan tidak dapat digunakan.
Pasti ramai di antara kita yang terlibat dalam pendawaian elektrik pasti pernah terjumpa dengan masalah ini ketika melakukan kerja-kerja mengenal-pasti kerosakan (trouble shooting) atau membaiki peralatan elektrik.
Antaranya ialah, arus elektrik dikesan pada wayar/kabel neutral sesuatu peralatan elektrik oleh pena penguji (test pen).
Kerosakan kabel neutral yang menyebabkan arus elektrik tergantung tanpa jalan keluar ini secara teknikalnya dikenali masalah ‘floating neutral’.
Secara amnya, masalah kerosakan kabel neutral ini adalah berkemungkinan disebabkan faktor-faktor seperti berikut :-
a) Kabel pengalir Neutral tidak disambungkan dengan sempurna pada peralatan elektrik
b) Kabel pengalir Neutral tidak disambungkan dengan sempurna pada Kotak Agihan Elektrik
c) Kabel pengalir Neutral terputus.
d) Kabel pengalir Neutral pada Sistem Talian Atas Voltan Rendah (oleh penyedia bekalan elektrik; TNB) rosak atau terputus (atas sebab-sebab tertentu).
e) Tamatan (termination) atau kabel pengalir Neutral di Alatubah (Transformer) di Pencawang Elektrik rosak (atas sebab-sebab tertentu)
Masalah kerosakan kabel neutral atau “floating neutral” adalah amat merbahaya kepada pengguna dan pendawai elektrik yang tidak berpengalaman dan berpengetahuan lengkap kerana ianya boleh menyebabkan renjatan jika disentuh ketika melakukan kerja-kerja pembaikan.
Justeru itu, beberapa langkah keselamatan perlulah diambil kira bagi mengelakkan bahaya renjatan elektrik tersebut seperti berikut :-
a) Sumber bekalan elektrik ke Kotak Agihan Elektrik diputuskan atau dimatikan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mengenal pasti kerosakan dilakukan.
b) Sumber bekalan elektrik pada sesuatu peralatan elektrik seperti suis-suis lampu dan soket alir keluar 13A dan sebagainya di matikan dan diputuskan terlebih dahulu sebelum kerja-kerja mengenal pasti kerosakan dilakukan.
c) Penggunaan Pemutus Litar Jenis Dua Kutub (Double Pole) untuk Fasa Tunggal dan Empat Kutub (Four Pole) pada Kotak Agihan Elektrik adalah digalakkan kerana ianya berfungsi memutuskan sambungan kabel semua fasa bekalan elektrik dan neutral.






Terkena Renjatan Apabila Menyentuh Peralatan Eletrik

Oktober 29, 2011

 

Soalan


Saya dapati kini dalam rumah saya, apabila saya menyentuh badan besi peralatan elektrik seperti mesin basuh, mesin jahit, oven atau casing komputer, saya sering sahaja terkena renjatan elektrik. Apabila saya sentuhkan test pen pada badan peralatan elektrik tersebut, lampu  padatest pen akan menyala.

Mengapakah berlaku masalah demikian? Adakah ia berbahaya? Bagaimana untuk membaiki masalah ini?

Jawapan
Keadaan ini adalah berbahaya, sekiranya anda terkena renjatan elektrik dan arus yang melalui badan anda melebihi 0.03A, ini boleh menyebabkan kematian. Anda perlu membaiki masalah ini secepat mungkin. 

Masalah di atas menunjukkan telah berlaku litar pintas di antara wayar hidup (live) dan bumi. Litar pintas ini berlaku samada pada sistem pendawaian elektrik rumah anda ataupun di dalam peralatan elektrik.

Sepatutnya apabila berlaku litar pintas antara wayar hidup dan bumi, ELCB yang terdapat pada papan agihan elektrik akan menendang (trip) untuk memutuskan bekalan elektrik. Tetapi sekiranya ELCB tidak trip, anda akan mengalami masalah sering terkena renjatan elektrik apabila menyentuh peralatan elektrik. 

ELCB yang tidak trip apabila masalah ini berlaku menunjukkan ELCB anda telah rosak. Anda perlu mendapatkan khidmat juruelektrik untuk menukar ELCB kepada yang baru. Setelah ELCB ditukar, kerja mencari tempat berlaku litar pintas dan kerja pembaikan perlu dijalankan. 

Ada orang yang menyelesaikan masalah ini dengan menanggalkan sambungan wayar bumi di dalam soket plug atau kepala plug peralatan elektrik tersebut. Cara ini memang boleh menyelesaikan masalah renjatan elektrik pada peralatan elektrik tersebut, tetapi sekiranya berlaku litar pintas dalam peralatan elektrik tersebut, anda akan terkena renjatan elektrik juga. Malah ada peralatan elektrik atau elektronik seperti yang memerlukan wayar bumi untuk menyingkirkan gangguan elektromagnetik dan hingar. Menanggalkan wayar bumi pada peralatan ini akan membuatkan ia mudah rosak atau mengganggu fungsi peralatan elektrik tersebut.

Oleh itu, cara yang terbaik adalah gantikan ELCB dengan yang baru, kenalpasti tempat berlaku litar pintas dan baikinya.


Assalamualaikum Semua

Saya Baru Mendaftar Dalam Blog  Ini, Saya dalam Rangka Belajar.

Wassalam